Sunday, May 5, 2013

Best Fren? Skandal? Cinta?

Bismillahirrahmanirrahim~

Biasalah kan, hidup kita memang tak lepas dari skandal.
Hehe. Aku x kisah tu.
Aku kalau pi mane mane je mesti ade skandal.
bukannya aku suka pun, buat skandal ni..
tapi disebabkan kawan kawan yg aku berdamping ni,
agak sengal dan suke menyekandalkan
aku dgn org org yg tak sepatutnya..



maka, terciptalah skandal yg tak henti henti buat aku.




huhu.
bukan nak bongkak,
tapi aku dari kecik lagi dah ade skandal, sekolah rendah.
dekat sekolah menengah ade lagi skandal.
matrik, ade jugak..



dekat maktab? HAH! makin banyak~ tak paham aku.
tapi skandal je la. haha


yg memulakannya sudah tentu la kawan kawan aku yg gila.
nak besarkan sikit la perkataan gila tu.

kawan kawan aku yg gila.

ha. puas hati aku.












dari skola lagi semua kawan kawan aku gila.
haha. sebab tu aku pun otak senteng jugak.
dulu zaman sekolah, ade sorg budak lelaki ni,
budak budak lain selalu panggil dia raksasa.
i don't know why.


maybe sebab badan dia besar, dan dia tak hensem.
hahaa. tapi kids back in the times sangat kejam dan keji.
ade ke men ejek ejek gitu.. 
aku yg mendengar ni rasa kesian.
so, satu hari, aku pun tanya la kat kawan aku,

"bakpo mu panggil dia gitu? sie la ko dia. x baik wat nyaknyo kokre,"

so? need a translation? haha

"knapa korg panggil dia cmtu? kesian dia. x baik aniaya org tau,"

so that's what i said.
and esoknya, jeng jeng!
aku jd gerlfren x official si Raksasa tu.


hampeh punya kawan.
aku rasa nak hantuk kepala kat dinding tau.


tapi yg bestnya, si Raksasa tu pun faham,
dan kmi masih kawan, sampai sekarang. ^_^


dekat maktab? ahhh, x payah cite.
melampau lampau banyaknya.



aku pun x paham, patutnya dah duk maktab la kan,
peranga dak sekolah dah buang la..
ni tak..
adeee lagiii. dan mangsanya adelah aku.
uhukk.
 dgn budak matematik lah, kajian sosial lah, pen.jasmani lah..


semua tu sangatla x betul.. sedih tol aku.
nanti turunlaa saham aku oiiiiii~


tapi bahagian skandal tu, mmg stress la. 
kan kalau ad org nak ngorat aku, tetiba dgr cita

'eh, pompuan ni, hari tu aku dgr dgr A, skali ngan B plak, pas ngan C pulak?'


glitter-graphics.com

aisehh. mana nak letak muka oi!

haha. padahal nya itu semua bahan gurauan je. 
dan yg tahu itu hanyalah kawan2 aku je.
kan best kalo boleh buat pengumuman,
semua skandal itu adelah x benar!


aku nak buat pakai haeler, dekat telinga sorg2.
biar padan muka.
huh.

korang pun, nak buat skandal, buatla 
skandal aku ngan org yg aku betul betul suka.
hehe.
aku ade tak org yg aku suka?
eh, mestila ade!



^_^ tapi beliau tak pandang aku pun..
sedihnyaa.. haha. xpelah.. 
nak buat camane.. 
harap satu hari nanti dia nampak la aku
yg selalu curi curi nengok dia dari jauh.
hahahaha. macam stalker dah hai~


malunyaaa~



Syg korg..!

Walimatul Urus


Bismillahirrahmanirrahim.


Ahem~




seperti yg terlihat, eheh.. 
basically i'm holding a wedding card.
..in which it'll be delivered to the whole maktab in this short moment.
them, specifically.




well.

semua orang nak kawen.
and of course it includes me lah kan?

cuma masa je yg membezakan semua ni.
ade orang jdohnya lambat..
ade org jodohnya cepat.
for me it doesn't matter.




okay it does matter kalau jodoh lambat.
sedih..
hahaha.
tapi kita kena ingat.
always remember that Allah has planned everything for us, kan?
Jodoh, rezeki, ajal dan maut adalah ketetapan Allah s.w.t. 




ok lah..
aku petik kata2 dalam sebuah blog yg aku baca..




"Segala sesuatu sejak awal terciptanya Qalam sampai tiba hari 
Qiyamat telah tertulis di Luh Mahfudz, kerana sejak permulaan menciptakan Qalam Allah
telah berfirman kepadanya dalam hadith qudsi riwayat Bukhari dan Muslim :



Tulislah

Dia (Qalam) bertanya : Wahai Rabb-ku, apa yang harus aku tulis?

Allah berfirman :

Tulislah segala sesuatu yang terjadi”
Kemudian dia (Qalam) menulis segala sesuatu yang terjadi sampai hari kiamat. 
Lalu Allah memerintahkan Malaikat untuk menulis empat perkara 
iaitu ajal,rezeki, amal, celaka atau beruntung.

Menurut Ulama’ Ahli Sunnah yang dimaksud rezeki itu mencakupi 
rezeki zahir dan rezeki batin. 
Dan rezeki batin itu adalah jodoh

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-’Utsaimin juga pernah menghuraikan perkara yang sama."

Kalau sebab miskin ataupun tiada duit, itu bukan persoalan utama. 
bila dah jumpa jodoh, kawin juga.


Allah menjanjikan suatu pertolongan kepada orang yang ingin bernikah, 
dalam surah an-Nur ayat 32 
Allah berfirman, yang bermaksud :


"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahajamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaan-Nya. DanAllah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui."


satu lagi.. kata org, kalau niat tu elok,
nak kawin, insyaAllah rezeki tu akan ada.
yakin Allah tolong sudah.. hehe


hahaha..

tapi kan..
like someone said to me,

"tak guna juga kalau org duk asek cari 'imam'nya lah, 
'makmum' nya lah.. kalau x usaha nak baiki
diri sendiri. nak cari 'imam' yg baik,
diri sendiri pun
kena baik juga,"


and it had me thinking for hours.
betul kenyataan tu. it's true.
betul la. nak orang yg baik kena la jadi baik jugak..


kita nak bimbing/jaga anak orang kan?
bukannya kita nak masuk sorga tu sorg2..
nak gak bawak bini/laki sekali.
kalo boleh ngan mak ayah, anak2 pun nak ikut sama.


same goes for me.

ni pun peringatan untuk aku jugak..
kadang - kadang benda yg kecik ni kita lupa.
humans do forget little things like this.
kadang - kadang kita lupa,
asyik mintak 

"Ya Allah,kurniakanlah aku insan yg boleh 
membimbing aku kejalan yg benar,"


kenapa tak mintak 

"Ya Allah kuatkanlah aku supaya aku boleh membimbing
isteri/suami dan keluargaku ke jalan yg benar,"?


and yeah, it had me thinking for hours.
kalau la semua org pun minta dibimbing,
sape yg akan jadi pembimbing?
kenapa tak berusaha untuk kearah yg lebih baik?




oh well.
aku pun sama je.
cakap lebih, tapi nak buat pun susah juga.
hehehe.
sama - sama la kita cuba ye?

oh ya.
sebenarnya walimatul urus punya kad tu 
bukanlah aku punya.



ehehhh. aku telah menerima undangan majlis kahwin
sahabat aku yg paling baik,
Syazwin Binti Abadi dgn pasangannya Khairul Afif Abd Majid.







Diorang dah nak kawen bulan 8 ni..
11 Ogos, katanya.

dah la hari Raya oiii.
tapi insyaAllah aku akan pergi bertandang.
hehe. aku kalo bab bab nasik minyak mana pernah miss.
makan free beb, rugi x join woo.

hehe. bestnyaa kawen..!
aku?
hmm.. biarlah rahsia kot?






Syg korg..!


Sheera

syeeirra@yahoo.com



Saturday, May 4, 2013

What's with Oranges?

Bismillahirrahmanirrahim..

Yayyy!
a new start, a new beginning!
hehe.. dah lama rasenye tak hapdate belog neh.

Orange?
What's with all the oranges?




Hem.. Nak kata aku suka kale oren ni..
tak de la suka sangat pun.
but believe it or not,
once aku sedih atau stress, 
bila minum air oren je,
masalah lenyap.

hehe.
call me weird.
tapi dulu arwah ma pun macam tu.
sebab tu rumah kami sangat banyak botol botol tropicana tu.
melambak lambak.




sekarang neh bukan oren je si tropicana tu ade.
dah ade laici, black current, apple, ape tah lagi..
dah banyak perisa dah.
waktu mula2 kuar dulu, oren je. hehe






ehehhh. agaknya sebelum wujud tropicana tu
mak aku minum air orenn ape la.. haha
oh, lupa.. ade la.. air oren botol kaca tu. hahha




bila je aku minum air oren, aku ingat kat beliau.
dah lama dah beliau xde.
dah dua tahun..
cepat sungguh masa berlalu.

aku ingat lagi masa mula2 aku dapat sms
dari adik aku yg cakap arwah dah tak de.


lemah seluruh badan aku. aku hanta msj balik,
cakap "jangan nak gurau sgtla. smalam bru borak ngan ma,"


it's true. 
sehari sebelum dia xde, aku borak panjang ngan dia.
borak ntah pape, aku pun x ingat ape yg kami bualkan.
tapi x sangka tu kali terakhir aku borak ngan arwah ma.
aku x kisah pun, sebab aku rasa
kalau dia pergi, kurang la sikit derita dia.

arwah dah lama sakit.
dalam 10 tahun dia sakit,
aku pun x sanggup dah nak tengok dia sakit.
ingat lagi mcm mana kawan2 aku
bergegas nak pi hantar aku balik
nun jauh kat kelantan sana..
uhu.. sob sob


walaupun mndapat tentangan ustaz ngan naqibah aku,
diorg ponteng jugak, mai jugak kat umah aku..
aku sampai pun petang.. sempat la cium dahi arwah..


seminggu jugakla aku hilang arah..
macam tak tau nak buat apa..
macam terkejut..
x sangka..

ape2 pun.. semoga Allah merahmati rohnya
dan tempatkan arwah ma aku di dalam kalangan
orang  - orang yang beriman..
aminnn...






Syg korg..!