Wednesday, May 9, 2012

Zaman Kecik - Kecik Dahulu # 2

 Malam ni aku rasa nostalgik la plak.
HAHA
tetiba ingat zaman 
budak - budak dulu..
zaman hingusan..

Dulu ade satu cerita tentang
adik aku si syafiq..
Masa tu, aku x de kat umah..
aku lupa la aku pergi ke mane..
Aku rasa aku pi kedai kot..
ke kat ne ah..?
aku pun dh lupa dh.. lama sgt.

 Pada suatu tengahari yang runcing..
Aku pegi bandar kot ngan kawan aku..
Abah aku plak tengah kerja masa tu..

Jadi, tinggallah adik aku Si Syafiq,
dengan Chik dan Adik Eby kat rumah,
bersama dgn arwah ma aku.
Masa ni agaknye si Syafiq tu umo dalam 15 ke 16 kot??

Masa ni arwah ma sakit,
jadi x banyak benda yang boleh dia buat..
pergerakan pun restricted.
beliau x bley bergerak, jd kompom la
xbley memasak..
JADI
adik aku lah tukang masaknye,
memandangkan aku kuar kejap.

Aku rasa time ni time cuti, kot.
Masa ni Syafiq balik hujung minggu,
dan abah aku terpaksa pi
kursus somewhere agaknye.
aku pun x ingat dah.

maklumlah si Syafiq ni duk asrama penuh.
Jarang - jarang je baliknye.
Biasenye tinggal aku ngan Chk n adik eby je la kat umah
menemani abah dan arwah ma.

Nak dijadikan cerita, 
Tengahari tu, aku balik lewat..
jadi aku pun tepon la rumah..


Aku: Ma, lewat sikit balik ni. Dalam kul 3 kot.

Ma: aih. Habis tu sape nak masak ni..?

Aku: Alaa. suruh la Syafiq masak jap. Nnti balik org belikan lauk.

Ma: Pandai ke Syafiq tu masak ni..

Aku: ala.. bolehnye.. bla bla bla


setelah aku bermati - matian meyakinkan
Ma yang syafiq tu padai memasak..
Ma pun setuju lah.

OK. Syafiq masak tghari ni.

YEY!

syafiq dgn muka bengangnye menyalahkan aku
kerana berfoya - foya kat luar.
HEHE. rilek bro, skali sekala je pun.

Seterusnya, beliau pun memulakan la proses
penanakan nasik.
setelah beberapa kali di beri tunjuk ajar oleh 
Ma, akhirnye nasik Syafiq pun masak.

Wau.
Kebulur.

Selepas itu, barulah beliau teringat.
Beliau x masak lauk pun.
Demm.

Ok, bukak peti sejuk..
Ada ayam, ikan, udang.
Ok, nak masak yg mana??

Alaa, leceh laa. 
Ujar Syafiq di dalam hati.

"Goreng je telur, abg,"

Bisikan Adik Ebi memberikan
kebahagiaan terhadap Syafiq.

Ye tak ye gak.
Goreng telur lagi senang.
X payah nak siang ikan, ayam bagai.

"Ok, adik. Sila ambilkan barang - barang untuk penggorengan telur,"

Adik Ebi pun dengan patuhnye 
menurut perintah abangnye,
manakala Chik hanya melihat dari tepi.

Syafiq sudah tersenyum melihat barang - barang yang
telah dikumpulkan adik Ebi di atas meja.

satu mangkuk kecil, 
3 bijik telur, dan bawang.

Syafiq pun memecahkan telur itu didalam
mangkuk, sambil diperhatikan adik ebi.
 Setelah selesai semua prosedur,
tinggalah langkah terakhir iaitu penggorengan telur.

Perut masing - masing dah lapar.
 Baru aje Syafiq nak mengangkat mangkuk
telur itu, adik Ebi berbisik lagi.

"Abg, kn cantik kalo telur ni kaler biru.."

Syafiq pun terdiam sejenak.
Hatinye mula terpedaya dgn bisikan Adik Ebi.

Hm. Comel gak.
Selama ni aku tgk kak goreng telo buruk je, kale kuning je.
Nak gak try kale len plak.


Genius adik aku ni, bisik Syafiq. (dalam hati la)

Lalu Syafiq ingin pergi membasuh tangan 
dan beliau pesan kat adik ebi..

"Adik, kalo nak masukkan kale biru,
masukkan setitik je lah.
Banyak sgt nnti pahit."

pesan beliau.

Oh well, apelah sgt pesan tu kalo budak tu baru je darjah 4..
 Pesan la seploh kali pun, bukannye nak ikut.

Seketika kemudian, Syafiq pun pergi ke tempat kejadian
dan ternganga.

uh-oh.

Satu botol pewarna biru telah hilang.
Dimanakah isinya?

Ye.


Di dalam telur.





+




Bolehla kita sama - sama
 bayangkan betapa dasyatnye rupa telo itu.

Nak tak nak, kena goreng juge.
Jadi, setelah digoreng,
Syafiq pun mencuba masakan barunye itu.

Oh well.
Pahitnye kalah panadol.
Danyang menariknye, kale biru tu sampai 
melekat - lekat kat gigi.

Ugh.

Nak buang?
X bley3.

setelah Chik mengadu dekat
Ma akan perbuatan adik dan abangnye itu,
Ma telah memaksa
mereka berdua supaya makan telur biru tu sampai habis.

MAKA.

Malam itu juge, 
mereka berdua cirit birit.

Aku dgn Chik gelak setan.

HAHAHA

Syg korg..!

Tuesday, May 8, 2012

Kotak - Kotak Kehidupan?

Aih.
Pueh aku pikir, nak post ke 
tak pasal KOT hari tu.
Oh well.
No harm done.

Post jela.

Pada tanggal 3 Mei 2012 hr tu,
maktab aku dgn sukahatinye
melaksanakan KOT.
(Kejohanan Olahraga Tahunan)

Boss untuk rumah oren kali ni, adelah........
umm. xyah mention nama lah. aku panggil Boss nombor satu je.
senang.
Penolong boss, x lain x bukan
Syusyunde yg chomel n berdedikasi.






Jadi, aku dgn sukahatinye juge mengofferkan diri
untuk handle bahagian perbarisan.
==''
Awal2nye, aku ingtkn aku just handle
maskot, n then everything's fine.
TAPI.
oh dem.
Banyak gile kerja kena buat.

Seryesly aku tak tau nak mula dr mana. HAHA
Tahun lepas aku involve jugak, tapi
aku handle bahagian khemah..
so, i don't really know how diorg handle
perbarisan.

Agak banyak la kerja,
contohnye, kena buat maskot,
kostum - kostum..
diskas pasal formasi, ape sume..
agak letih disitu ye.
tapi it's a good experience.

N aku dapat bnyk pertolongan dr kawan - kawan.
and surprisingly, maskot rumah kitorang (oren)
tahun ni sgt comel dan hensem!
HAHA




aku x sempat amik gmbar maskot secara live.
sebab sibuk pakaikan budak2 tu kostum diorg.
tapi, oh well.
gambarnye ade.







ok fine. aku mengaku
aku x buat maskot tu.
itu kerja boss nombor dua, boss perbrisan, kawan aku.
hehe. aku penolong dia je. HAHA
tapi aku x mmbantu beliau pun buat maskot.
sori ye boss.
tapi aku buat kostum.. kira fair n square lah ye..?
muhahaha.

aku kesian gak sbb beliau beriye - iye offer diri 
nak jadi maskot. panas kot pakai bnda alah tu.
oh well. jgn pertikaikan keputusan beliau.
xpe boss. wpon kite x mng,
tap siyes maskot kite yg paling comel.
(ikhlas ni)



Cokmar maskot tu idea last minit..
sbb aku rasa si boss nombor dua xde pegang pape..
jd mnggunakan bahan2 lebihan,
aku pun buatla cokmar sebijik. HAHA

Design maskot ni sbnrnye
diinspirasi dr video klip LMFAO.
jad nak tak nak, aku kena buat kostum
berdasarkan maskot tu..
aku n kwn2 punye pecah kepala pikir cane la 
nak buat design.
Last - last ni yg kuar.




 oh well. nampak senang,
tapi leceh gila kot nak buat ni.
Asalnya kitorg nak buat semua ahli perbarisan
pakai ni. 
but seriously - 30 people wearing boxx?
susahh3
dh la tenaga pekerja tak cukup.
aku campur kwn2 just 3 org je.

haha.
tapi aku bangga, sbb kami 3 org mampu siapkan 
benda kotak ni 12 bijik. Theeehehe,





 sebenarnye kostum kitorang kali ni
xde lah semegah mane..
sebab banyak aksesori yg leceh gila nak buat..
contohnye spek, topi dan rambu - rambu yg kat atas bahu tu.
 Oh well.
Dengan bantuan tangan seni yang aku miliki dari baby lagi
(ayat cam hampeh je) haha
kami mmpu siapkan sume tu. o yeah!

tapi sume tu x banyak pakai bahan pun..
aku just guna kotak - kotak terbuang
dari KOOP je.
spek tu aku guna mounting board dengan
plastik cover kaler coklat..
topi tu, keseluruhannya guna kotak..
tapi nak kasi kilat, aku balut ngan aluminium foil..
rambu - rambu tu je la kalo beli pun.
tapi x dela menelan kos yg besar,
sbb semua brg handmade.

bangganye aku dgn eda n syu! heehe
thanks korg sbb sudi tolong aku buat bnda2 neh.
seyesly aku xleh handle sorg.
maunye gila aku.
















 Oh well.
In the end, perbarisan kitorg x dapat nombor pun.
Tapi aku puas hati.
sbb tahun ni aku dapat kerja dgn ramai org..
dn dpt berkenalan ngan ramai org.
hehe
tahun ni memori aku bertambah sikit pasal KOT,
sbb tahun ni banyak gambar.
tahun lepas, seyes, aku n kawan2 penat
hias khemah..
tapi x de pun gmbar kitorg.
JADI.
kami bertekad nak penuhkan majalah maktab ngan muka
kitorg tahun ni.

HAHA

Dan juga seperti biasa, rumah oren mnjadi juara
keseluruhan berkat atlet - atlet kami
yg gigih merangkul pingat.



dan aku dengan tidak malunya menyimpan piala pusingan itu
dalam bilik aku.
oh well.
xde org kisah punn. 
hehe




harapnya tahun depan dpt pegang lagi piala ni.
HEHE




Syg korg..!

Monday, May 7, 2012

Love Quote # 3


 "You'll never find a right person
if you do not let go of the wrong one,"
- anon


Sebenarnya, kata - kata ini membuatkan aku berfikir
tentang satu persoalan yang aku sendiri
x ada jawapannya.

It is said that 
if i never let go of the wrong one,
i'll never find the right person for me, kan?



tapi.. 
 macam mana nak tahu yg 
that is the wrong one?
how can we possibly certain that it is the wrong one?

seperti mana yg telah berlaku kat aku la,
contohnya..
aku ingatkan dialah org nye untuk aku,
but then..
tup - tup
x kekal pun.
even, it doesn't last for a year pun.
enam bulan je bertahan, (kalau x silap aku la)



jadi, kalo dalam kes ni..
macam mana?
how can i let go of the wrong one, 
if i didn't even know who is the wrong one?

okay. sangat mengkonfiuskan.

bagi aku, dalam perhubungan aku dulu..
kmi kurg berkomunikasi.
dah la masing - masing duduk jauh,
tepon jarang sekali..
sms pun x semegah.



so, when it comes to this situation,
aku pun rasa hubungan ni mmg x dpt
diselamatkan lg.
org kata, kenapa x bincang leklok??



oh well.
easier said than done.
pendek kata, aku dah nekad
bagi kata putus.
kami dh sepakat,
we're not meant for each other.
jadi di sini,
it takes time for me to know
yg dia bukanlah untuk aku.
maka, susah juga nk lepaskan
'the wrong one'
ni kalau kita tak dpt kenal which is who.

bagi aku, kalau dh tahu hubungan korg memang bermasalah
dan mmg x dapat diubati lagi..
what's the point of keeping the relationship?
sbg contohnya, korg dh tahu dr awal2 lg
korg mmg ade masalah,
but then you keep on resisting,

 x pe nnti dia berubah la tu.
xpe, it's gonna be okay.
xpe, it's not him/her, it's me. 

why?

it might work for 2 or 3 months.
tapi when this matter keeps on berulang - ulang - ulang lagi,
would you rather continue?
i don't.

 kalau masalah berkurang, alhamdulillah.
kalau tak?
it's about time you realize
that you have to let go of the wrong one,
and start finding the right one.
how?
tu korg punya judgement la kan?

 tapi kan, aku smpai sekarang x jumpa - jumpa
lagi mr. right aku.
==''



haiyooo.
xpe2.. pelan - pelan kayuh
nnti jumpa la tuh..
mana la nak tau
kot - kot
sebenarnya mr.right aku tgh baca entry aku ni, kan?

HAHA




Syg korg..!

Saturday, May 5, 2012

5 Simple Questions to Know Me Better.


oh well. hari ni je dah 2 kali update blog ni.
nmpak sgt x de koje.
masalah tol
padahal exam dh x lama dh nak mai..
haha.. masalah masalah.


apa2 pun..
lepas letih berlatih kibod bagai nak rak
sebab Isnin ni ada assessment,
aku mngambil keputusan mau 
menulis blog. 

setelah stress main
lagu "You Are My Sunshine"
aku kuciwa. waa.
Bila la nak pandai main mcm Maxim.
Cita - cita nakjadi MAXIMah.
Cita punya la tinggi melangit,
praktis malas. haha.
oh well. aku adelah aku. =P

Malam ni aku rasa mcm nak menjawab soalan la pulak.
Hehe. 
okay, so here they are.

"The 5 Simple Questions to Know Me Better."


1) Anda asal dari mana?

 Soalan ini mmg selalu ditanyakan kepada aku,
berikutan cara percakapan aku yg pelik sedikit.
HAHA
tapi, aku dgn bangganya menyatakan
bahawa aku
ORANG KELATE!!

haha. 
bukan ape.. biasenye org kelate ni
kalo bercakap, dialeknye mmg x kan hilang.
sama la mcm aku..
kdg2 bila gedik nak jd org luo,
tapi tersyasyul campur bahasa kelate, 
hehe. malu gop.
tapi xpo. saye banggo jd anok kelate.
gomo kelate gomo!!


2)  Anda ade berapa org adik beradik?

Sesungguhnye, jika dijawab secara betulnye,
aku mmpunyai 3 org adik lelaki.
Dan mereka semua, 
dgn jelesnya aku berkata,
mereka sume cerah dan putih.
waaa~

dan aku sorang jelah
the one and only anak pompuan
whom was not blessed with a fair skin.

tapi xpe. xkecoh pun jadi putih.
aku bangga kulit camni.
kalo cantik sangat ti aku riak plak. haha
adik lelaki aku yg first,
skrg belajar Engineering kat Ottawa, Canada.

Beliaule harapan bangsa. haha
dah akaknye duk maktab aje, beliau sorg je
yg dapat pi obersea.
maunye abah aku x syg.
anak emas tuu.
huhu

Adik  yg kedua skrg form 5.
belajor kat kampung ja.
oh well. adik bongsu aku pun skrg ni form 3.
same la, satu sekolah diorang berdua tu.
harap2 la diorg boleh ikut jejak langkah abg dia tuh.
risau lak aku.


3) Hobi anda di masa lapang?

Setakat umo aku skrg ni..
benda yg paling aku suka buat tak lain x bukan..
tido.

tido la paling best.
sebelum tido, berangan dulu..
pastu zzzZZZzzz.
nikmatttt.
haha

xdela.. hobi aku masa lapag adelah
menulis.
bukan menulis ape.
aku ni suka sgt mengarang cerita.
sbb aku bnyk baca fanfic 
jadi, ade ending yg aku tak suka, aku olah balik.
so, kat situ bermula titik tolak aku
karang aku punya fanfic sendiri.

kadang2, it's not fanfic pun.
kdg2 aku tulis cite tentang kwn2 aku..
kdg2 cite tentang pengalaman aku..
yg paling best, aku x leh tulis cite melayu.
sumpah ayat BM aku x layak tulis novel.
hampeh.

Aku start menulis dari umo 12 tahun. 
darjah 6 aku start tulis fanfic.
First - first aku tulis, aku ingat lagi..
sumenye dialog, xde perenggan pun.
then aku beajar cara2 yg betul
nk wat one-shot..
N then aku masih lagi belajar sekarang.
Oh well.
skrg ni pun dh lama x nulis, xde idea.
idea aku kdg2 dtg intro n klimaks je
time nak ending xde idea..
so that's a problem.

bila ko tulis cerita yg xde ending ni..
cite dia jadi meleret2..
pastu ko pun malas la nak sambung.
then start cite baru.
aku mcm tu la hahaa.

4) Makanan faveret?

Dalam banyak2 makanan kat muka bumi ni..
aku paling suka nasik goreng kmpung.
Haha. kalo tambah ngan telo dadar, lagi besttt.
uh. tetiba lapau la plak.

lagi satu, aku sgt suka megi goreng, dan ayam masak merah.
tu sume feveret aku la tu. Kalo tgk aku mkn kat kedai,
bnda2 ni la yg aku akan oder.
kecuali dh mmg xde pilihan bru aku oder makanan lain.
haha.

Kalo minuman, aku shuke teh o ais (teh o beng) haha
n not to mention oren punye jus.
halamakkkk.
aku tatau la nape aku suke sgt minum air oren.
kalo aku demam pun aku minum air oren.
hatta kalo aku stress pun, nak cari air oren.
==''

5) Lastly. Anda sudah berpunya?

oh.
Kalo yang ni jawapannya..
teet.
hhahaha
xmau bgtau.

ok fine..

sye sudh kehabisan idea untuk
nulis blog ni neh.
so. itu ajelah ye.







Syg korg..!