Pada masa aku kecik - kecik..
tempat yg paling menarik adalah
peti sejuk.
Ntahla kenapa, tapi
aku rasa kebanyakan kanak - kanak
akan rase tertarik dgn benda alah tu.
mungkin sebab benda tu sejuk, kot.
Aku sendiri pernah masuk dalam peti sejuk,
duduk kejap sambil membayangkan benda - benda yg mustahil,
n then kena tarik telinga kat ma
sebab suka hati je masuk tempat yg terlarang.
HAHA
but the feeling is wonderful!
Masa aku kat dalam peti sejuk tu kan,
walaupun seminit je,
banyak yg aku bayangkan tau.
Macam, main salji, makan ABC, dll lah.
seronokkk.
Hehehe.
Nak dijadikan cerita..
Adik aku syafiq pernah mencuba suatu perkara yg bongok.
Dia tgok kat bahagian atas peti sejuk,
yg org guna wat letak ikan apa segala bagai tu..
Macam salji putih yg bersinar - sinar.
ye lah kan,
sume budak - budak pun rasa camtu.
masa ni, beliau kecik lagi.. dalam tadika kot.
beiau pun berkata dalam hati.
"wah. macam best je rasa salji ni,"
kening dia berkerut.
membayangkan apa lah rasa salji yg dimaksudkan tu.
"kenapa la ma tak pernah bagi aku rasa salji ni,"
kata hati kecil beliau lagi.
"ma kedekut la, x mau kongsi kebahagiaan dgn anak - anak,"
ujar hati beliau lagi.
"hehe. kalo aku try sekali ma tak tau kot,"
ujar hati syafiq. bibir dia snyum setan.
Lalu, beliau pun menjelirkan lidah beliau.
dan meletakkkan lidah beliau ke
dalam peti sejuk.
oleh kerana abah aku bru je mencuci peti sejuk
tersebut dari ais yg membeku, makanya
bila kita sentuh je permukaan atas peti sejuk tu,
(yg tmpat frosting tu)
tangan kita melekat.
Hasilnya.
Lidah beliau x dapat ditarik lagi.
Tamatlah riwayat lidah beliau.
adik aku si Syafiq mulai panik.
Beliau takut kena marah ngan ma.
tapi beliau juga takut sebab lidah beliau x bley nak buang.
jadi...
beliau pejam mata..
tarik lidah kuat2.
fuh.
tercabut.
pastu rasa mcm panas - panas je..
tapi x sakit la pulak.
dia pun pegi la kat dapur.
tgk ma buat ape.
saje - saje konon tak mau bagi ma tau ape yg dia dh buat..
saje - saje konon tak mau bagi ma tau ape yg dia dh buat..
ma pun pelik la sbb tiba - tiba mcm ade org kat belakang.
Lalu ma pun kalih ke belakang.
MAKK KAU!!
ma yg tgk dia hampir nak pengsan.
banyak darah woooo..
HAHA
pastu terus kena ketuk ngan ma sebab main kat peti sejuk.
hampir sebulan juga beliau makan bubur je
sebab luka kat lidah x sembuh - sembuh.
kelakar.. kelakar.
p/s: jangan nak cuba - cuba try lak kat rumah.
kalo aku ada anak, meti anak aku nak try gak nanti.
aku kena awasi diorg betol2.
mana tau kot2 la diorg mewarisi kenakalan pak sedara diorg ni ha. =P
Syg korg..!

















