Sunday, September 16, 2012

Zaman Kecik - Kecik Dahulu # 4


Pada masa aku kecik - kecik..
tempat yg paling menarik adalah 



peti sejuk.


Ntahla kenapa, tapi
aku rasa kebanyakan kanak - kanak
akan rase tertarik dgn benda alah tu.

mungkin sebab benda tu sejuk, kot.
Aku sendiri pernah masuk dalam peti sejuk, 
duduk kejap sambil membayangkan benda - benda yg mustahil, 
n then kena tarik telinga kat ma
sebab suka hati je masuk tempat yg terlarang.
HAHA

but the feeling is wonderful!
Masa aku kat dalam peti sejuk tu kan,
walaupun seminit je,
banyak yg aku bayangkan tau.
Macam, main salji, makan ABC, dll lah.
seronokkk.
Hehehe.


Nak dijadikan cerita..
Adik aku syafiq pernah mencuba suatu perkara yg bongok.
Dia tgok kat bahagian atas peti sejuk,
yg org guna wat letak ikan apa segala bagai tu..
Macam salji putih yg bersinar - sinar.

ye lah kan, 
sume budak - budak pun rasa camtu.
masa ni, beliau kecik lagi.. dalam tadika kot.

beiau pun berkata dalam hati.

"wah. macam best je rasa salji ni,"

kening dia berkerut. 
membayangkan apa lah rasa salji yg dimaksudkan tu.

"kenapa la ma tak pernah bagi aku rasa salji ni,"

kata hati kecil beliau lagi.

"ma kedekut la, x mau kongsi kebahagiaan dgn anak - anak,"

ujar hati beliau lagi.

"hehe. kalo aku try sekali ma tak tau kot,"

ujar hati syafiq. bibir dia snyum setan.

Lalu, beliau pun menjelirkan lidah beliau.



dan meletakkkan lidah beliau ke
 dalam peti sejuk. 

oleh kerana abah aku bru je mencuci peti sejuk
tersebut dari ais yg membeku, makanya 
bila kita sentuh je permukaan atas peti sejuk tu,
(yg tmpat frosting tu)
tangan kita melekat.

Hasilnya.
Lidah beliau x dapat ditarik lagi.
Tamatlah riwayat lidah beliau.



adik aku si Syafiq mulai panik.
Beliau takut kena marah ngan ma.
tapi beliau juga takut sebab lidah beliau x bley nak buang.
jadi...

beliau pejam mata..
tarik lidah kuat2.

fuh.
tercabut.

pastu rasa mcm panas - panas je..
tapi x sakit la pulak.
dia pun pegi la kat dapur.
tgk ma buat ape.
saje - saje konon tak mau bagi ma tau ape yg dia dh buat..

ma pun pelik la sbb tiba - tiba mcm ade org kat belakang.

Lalu ma pun kalih ke belakang.

MAKK KAU!!


ma yg tgk dia hampir nak pengsan.
banyak darah woooo..
HAHA

pastu terus kena ketuk ngan ma sebab main kat peti sejuk.
hampir sebulan juga beliau makan bubur je
sebab luka kat lidah x sembuh - sembuh.

kelakar.. kelakar.

p/s: jangan nak cuba - cuba try lak kat rumah.
kalo aku ada anak, meti anak aku nak try gak nanti.
aku kena awasi diorg betol2.
mana tau kot2 la diorg mewarisi kenakalan pak sedara diorg ni ha. =P



Syg korg..!

Saturday, September 15, 2012

Ukhwah Fillah

Kadang - kadang kita tak terlepas dari
perasaan ragu - ragu.
Aku sendiri pun macam tu.
Bukan aku nak kata, tapi aku susah nak percaya orang.
Apatah lagi dengan pengalaman buruk yg menimpa,
aku lagi la rasa fobia nak percaya kat org lebih - lebih.

aku ada mengeali seorang hamba Allah ni.
Nak kata aku kenal dia sgt - sgt, x kot..
sebab kami cuma mesej - mesej je.

tu pun banyak mesej - mesej beliau aku tak reply,
sebab aku nak kurangkan mesej.
Walaupun mesej kami tu pun setakat bertanya khbar je
tapi, ntahla.

Beliau pun selalu call aku, tanya khabar.
Dalam seminggu adelah juga 3 - 4 kali..
Jadi mcm x perlu la nak mesej banyak - banyak kan?

aku kenal beliau pun, sebab kawan aku.
beliau ni lagi tua dari aku..
adalah beza dalam 2 - 3 tahun..
Secara keseluruhannya, aku rasa beliau ni baik aje..
adalah ciri - ciri suami mithali.
Lagipun, rupa beliau mcm nampak suci je..
Tapi aku x kisah semua tu..
Aku bukanlah jenis yg memandang rupa,
sebab aku sendiri x delah cantik pun..

aku dah perjelaskan keadaan kami
kepada beliau, dan beliau setuju untuk 
HANYA berkawan buat masa ni..
Tapi, lama - kelamaan aku mula rasa bersalah.

Adakah aku memberikan harapan kepada beliau?
Salah ke perbuatan aku?
Technically, aku masih tak bersedia 
untuk menjadi lebih dari itu.
Ilmu pun banyak je yg x cukup..
Macam mana nak menjaga anak teruna orang..?
nanti kan ade je yg kena maki kat mak mentua. HAHA


Hmm. Bila tgk ramai kawan - kawan
yg bakal melangsungkan perkahwinan/pertunangan,
tipu la kalau aku kata aku x teringin nak kawin.

Tapi, there's something yg membuatkan aku berfikir kembali.
Ntah apa lah sebabnya.
Mungkin sebab rasa tanggunjgjawab dekat adik - adik.
Mungkin juga rasa tanggungjawab dekat abah.
Kalau aku kawin nanti, mesti kena ikut suami aku.
Nanti balik rumah dah jarang - jarang.
Abah sape nak tengokkan?

Aih.. ke situ pulak.
Ntahla. mungkin aku terlalu banyak berfikir.

 Apa - apa pun..
orang kata pengalaman mematangkan usia.
Aku dah recover sepenuhnya dari perhubungan lampau.
So why not memulakan sesuatu yg baru?

semoga Allah memberkati ukhwah yg baru dibina ini. =)






Syg korg..!

Zaman Kecik - Kecik Dahulu # 3


Selama ni, aku selalu
ingatkan diri sendiri..

"Sha, kau kuat. Kau tabah. Kau boleh."

Itulah kata - kata perangsang bagi diri aku.
If i feel like i can't do something,
i'll chant that magic words inside my head.
Lepas tu, alhamdulillah I will feel better.

Dulu, arwah ma selalu ajar aku..
supaya yakin dgn diri sendiri..
supaya pedulikan apa yg org lain kata..
supaya jadi lebih berani, dan lebih konfiden.
Jangan asek kena buli je.
Kadang - kadang kita kena pentingkan diri,
jangan asek ikut telunjuk org..
nanti org pergunakan kita..

aku ingat tu. dan aku masih ingat.

Kalau nak tahu..
Dulu, masa kecik - kecik, aku selalu kena buli.
Aku masa sekolah rendah, belajar kat sekolah pompuan.
pompuan - pompuan aje.
x de lelaki.
sebab tu aku ayuu je. HAHA

Masa aku darjah satu, duit makanan aku selalu kena amik.
Yg tukang amik nye pulak ketua kelas.
Aku sgt timid mase sekolah rendah dulu.
*sekolah menengah pun sama je. haha

ye la, org lain masa kecik comel - comel..
aku masa kecik.. bukan nak kata, bukan untuk tak mensyukuri nikmat Allah..
tapi, aku masa kecik mmg mcm anak Negro.
Hahahaha *gelak plak aku ni. Ini tak lucu pun. huhu.




atok seblah mak aku gelap..
and so is my mom..
maka jadinya aku pun gelap la.
tapi yg herannya..
adik - adik aku yg len sume putih - putih je.
aku je yg tarik gen gelap. =P

Jadi maybe sebab rupa aku mcm gitu, jadi
kebanyakan budak - budak kat situ
memang x suka aku.
al - maklum lah mereka sume tu putih kheeennn.

aku ingat lagi, masa dulu,
aku guling - guling tak nak pi sekolah..
sebab selalu kena cubit ngan gangster (ketua kelas).
Tapi aku tak gitau cikgu.
aku takut ketua kelas dera aku lagi.
*mentaliti budak. padahalnya bukannya si ketua kelas tu bleh wat ape pun.

Abah selalu tanya, kenapa tak nak pi sekolah?
Aku cakap tak tau.
Lepas tu, abah pun pi jumpa guru besar,
and the next day, i'm inside a new class.

yey.
tapi kegembiraan itu tak lama, sbb 
result exam aku elok, asek dapat nombo satu je, *bongkak gila
 jd cikgu pindahkan aku balik ke kelas yg sama.

oh demm.

masa tu aku nyesal wat leklok dalam exam.
Haha. Tapi nyesal kejap je la.
Sebab lepas tu,
ketua kelas dah jadi baik ngan aku..
*maybe sbb aku pandai jd beliau selalu meniru kerja rumah aku.

sekarang ni aku dah tak tau dah 
ke mana ketua kelas tu sekarang.
 FYI, beliau satu sekolah ngan aku lagi 
masa kat sekolah menengah.
tapi, kami x sama kelas punn.
aku fobia kot sama kelas ngan dia. 
6 tahun masa sekolah rendah sama kelas.
HAHA

p/s: semoga ketua kelas berbahagia..
 dengar - dengar mcm dah nak kawin.. 
jangan kau buli laki sendiri pulak ye, ketua kelas. hehe




Syg korg..!

Friday, September 14, 2012

Ke Arah yg Lebih Baik

 Petikan Kata - Kata

 Kita berubah bukan untuk mendapat pasangan yang lebih baik, tapi adalah untuk mendapatkan redha-Nya.


yep.
setuju.

satu masa dahulu, aku pernah bertudung labuh.
satu masa dulu aku pernah.
tapi lama - kelamaan aku lupa, alpa.
tudung yg labuh dh jadi makin pendek.
masyaallah.
kata seseorg, sebab pengaruh kawan.
tapi kata aku, iman aku yg x kuat melawan nafsu.

salah aku.
mungkin perubahan itu terlalu drastik.
kata org, bila kita drastik sgt,
perubahan itu x kekal.
ye. betul lah tu.

sekarang aku cuba untuk jadi lebih baik.
kalau dulu aku berlari, sekarang aku merangkak.
cuba dengan cara perlahan.
moga - moga ianya kekal.

risau jugak..
kot - kotla hangat -hangat tahi ayam je.
nauzubillah.
harap aku kuat kali ni.
harap aku berjaya kali ni.
aku cuba.

apa yg membuat aku terdetik di hati nak berubah?
satu petang aku termenung sorg2..
tiba - tiba air mata aku jatuh.
ntah kenapa perasaan sayu itu hadir.
aku kopius gak mula - mula.
sukar nak digambarkan perasaan tu, 
mcm menekan dada aku.

kemudian aku mempersoalkan diri sendiri.
kenapa aku jd mcm ni.
kenapa aku boleh berubah.
aku hantar msj kat beberapa org kawan.
tp diorg kebanyakannya keluar hr tu.
jadi sesak kat dada sbb xde tempat nak luahkan.

rumate ada je, tapi aku segan la dgn dia. hehe
pastu,
 tet tet tet
msj masuk.
sorg kawan aku reply. 
dia dtg bilik aku, bawak aku g bilik dia.
kami borak2 kejap.
 aku nangis nangis..
Dan dia sokong aku dalam apa jua 
perubahan yg aku ingin lakukan. 
aku rasa lega.

pelik, tapi aku bersyukur.
andainya perasaan itu x hadir,
aku masih lg seperti dulu.

aku harap satu hari nanti aku akan kembali 
bertudung labuh mcm satu masa dulu.
satu hari nanti.
pasti. =)








Syg korg..!