Kata orang menerima tu satu benda yang senang..
Bagi korang senang ke?
Ye lah kan, terima hadiah.. sape tak suke terima hadiah.. Kalau cakap bab2 hadiah ni, lancar je tangan hulur nak terima, iye tak? haha..
Menerima seseorang.. hm.. susah sikit.. yang ni kena tgk perangai.. kalo perangai cam hampeh, tak kan nak terima dia masuk geng, ye tak? Haa.. sume org ade perangai buruk, and kalau dah lame2 kenal.. kita akan dapat menerima orang tu.. secara tak langsung kita dapat sesuaikan diri kita ngan dirinya yang kita rasa buruk benor tu.. hehe
Tapi kalau masuk bab menerima hati pulak?
Adakah ianya sesenang menerima hadiah? Hmm..
Kadang2 untuk yang ni kite kene guna senjata kita, iaitu menilai.
Tapi, dengan menilai juga kita boleh silap.
Silap memilih..
Pernah tk terjadi keadaan dimana sedang kita menanti seseorg untuk menyayangi kita,
tetapi sebenarnya dia ada disisi kita selama ini.. tapi kita tak sedar..
itulah silapnya kita menilai hati mereka2..
kita menunggu suatu yg tak pasti, sedangkan ada yang lebih baik menanti kita..
Aku nak kongsi satu cerita.. hehe. Ni cite zaman dak2 menengah dulu.. Mase budak hingusan agy.. hehe.. berdasarkan pengalaman sendiri la ni.. hehe..
aku ada seorang kawan yang sangat baik. Biar je aku panggil dia Taufiq. (Bukan name sebenar ni~ gile nak letak name sebenar.. malu la aku~ huhu)
Taufiq ni sangat baik, walaupun dia suka tumbuk orang.. (as in dia ni kepala penjahat mase form 2 dulu.. hihi) Aku kenal dia mase aku Form 2.. Kelas kitorg sama.. Sebenarnya aku mmg tahu pun yang dia ni gangster kat skolah~
Dia dah banyak kali gile kena panggil kat cikgu disiplin.. seluar dia tu aku rase macam dah nak koyak dah sebab selalu kene rotan.. agak2nye betis dia pun dah kalis dah kot.. hmm..
Tapi satu je yang membuatkan cikgu2 sayang nak buang dia dari sekolah~
Taufiq ni budak bijak. Dia ni pandai sebenarnya.. cikgu pun heran sbb dia ni kat sekolah kaki ponteng~ macam mane time exam boleh score..
mula2 cikgu2 ingatkan dia meniru.. tapi tak.. dia tak pernah bawak masuk kertas ape2 pun kat dewan exam.. yg dia bawak, pen sebatang, pensel sebatang, pembaris, pemadam, liquid paper dan satu keychain yang bentuk dia aku susah gile nak describe.. Dia sayang sgt keychain ni.. Keychain ni pelik, bentuk dia pelik dan kaler dia pun macam biru2 turquoise gitu.. berkilau2.. cantik.. dia tak pernah tinggal keychain tu mase exam..
nak dijadikan cerita.. pada suatu hari, aku pergi tandas ngan kawan aku.. masa tu cikgu takde.. tak ingat la pulak aku yang time tu mase cikgu BM yang garang.. Garang sangat sampai sorang pun tak brani bercakap bile time masa dia.. fuuhhh~
Bila aku jalan kat tepi koridor time nak balik kelas tu, hati aku tiba2 je ase tak best.. rupa2 nya cikgu garang tu dah msuk kelas.. dia memekak kat kelas tanya, "Mana budak dua orang ni? Keluar tak mintak kebenaran saya! Tahu tak ni masa apa?"
Aku dah menggigil.. kawan aku kat beakang dah tolak2 aku suh masuk.. aku tak berani.. penakut..
ye la beb.. garang gile kot cikgu tu.. muka memang bengis.. takuttt.. uhuhu
tapi tak de pilihan, trpaksa jugak masuk.. Cikgu aku suruh berdiri kat depan.. sebab aku tinggi sikit dari kawan aku, cikgu suruh aku sapu papan hitam sampai licin.. Bayangkan betapa malunya aku masa tu.. uhuhu
sapu papan hitam tu kerja laki la.. huhu.. kitorg yang pompuan sapu lantai bole laa.. uuhuhu
Tiba2 ade sorang pelajar angkat tangan dan bangun.. aku masa tu dah menghadap papan hitam dah.. malu sangat.. uuhuh tu la, balasan.. padan muka.. pelajar yang bangun tu cakap, "Cikgu, biar saya je la yang sapukan.."
aku macam tersentak gile. Tapi aku tak berani nak pandang depan.. cikgu tu pun tak kata pape.. aku pun nak amik la pemadam papan hitam tu~ tapi ade org dah amik dulu.. aku pun tgk la kat dak tu.. dia pun senyum, n dia kata, "Takpe2.. aku sapukan.. korang pegi duduk.."
aku mase tu macam, 'oh my hero,' dah.. hehe
Hmm.. ayat tu lah yang aku palig ingt sekali.. aku rasa terharu sgt.. macam nak nagis pun de.. Mase tu la aku jadi rapat ngan Taufiq. Kitorg kawan dari Form 2 sampai Form 5.. Ramai kawan2 kata aku ni macam girlfren si Taufiq tu.. sbb kitorg ni rapat.. sume rahsia aku dia tahu..
rahsia dia aku pegang.. tapi kitorg dah kalis ngan benda2 macam tu.. tak nak la aku kat Taufiq tu.. Memang la dia tu boleh tahan.. Tapi bila dh jadi kawan macam ni, hm.. x nak aku buat boyfren.. kawan sudaa.. hehe
biasanya kalau dia rasa bengang n nak pukul orang, aku org yg first tahu.. Biasanya aku nasihat la jugak, tak baik pukul2 org ni.. kan? tapi dia ni keras kepala.. ape je yang aku cakap kalau melekat kat kepala dia tu syukur alhamdulillah~ tak pernahnye dia ikut kata aku..
Pakai ikut jiwa dia je.. rasa bengang, pukul org. Rasa bengang, tendang orang. tu je lah yg dia tahu. Lepas tu kena panggil ngan cikgu disiplin. Pastu kena rotan. Esok buat lagi.
aku dah pasrah dah.. Buat je la apa yg dia nak..
Masa aku Form 4, aku ter'suke' kat sorang senior form 5.. Anas name dia (bukan name sebenar gak~ hehee) Pastu aku tanya la Taufiq, senior tu tinggal kat mana, apa segala benda lah aku tanya Taufiq. Hehe.. Biasalah, cinta monyet.. Taufiq mestilah tahu, sbb dia bnyk contact ngan geng2 form 5.. hehe.. kiranya kalo dia nak buat jahat, geng2 form 5 ada untuk backing dia la kot~ hmm.. tak paham aku..
Masa tu aku suke gile kat senior tu.. sampaikan Taufiq pernah tanya, "Kau ni biar betul.. ape la yang bagus sangat ngan mamat kurus keding tu? aku lagi hensem,"
aku tak hiraukan pun Taufiq tu. Alaa.. Taufiq je punn.. huh! Boleh pulak dia bandingkan abg anas yg hensem tu ngan dia. hish2...
sampai time abg Anas tu habis Form 5 pun aku macam suke lagi kat dia.. (suka as in minat je pun aku rase mase tu~) Bila aku naik Form 5, tiba2 time pertengahan tahun tu Taufiq cakap something kat aku.
"Weh, aku nak pindah." dia cakap.
aku ingatkan dia memain je.. so aku pun gelak la.. gila kau, nak pindah tengah2 tahun.. dah la spm dah nak dekat..
rupanya dia memang serius. Dia kena pindah ke Kuala Lumpur sebab ayah dia terpaksa amik alih kedai datuk dia yang dah meninggal.. Nak je aku cakap, jangan la pindah.. Tapi nanti dia nak tinggal kat mane ye tak?
Hampir2 je aku nak cakap jangan pindah, dia tanya aku satu soklan yang aku menyesal sebab tak jawab ngan sejujur2nya.
"Takpe ke kalo aku pindah?" dia tanya. Aku nak jawab, no!! ko tak leh pindah! nanti aku kat sini takde teman la ngok!
tapi, aku tak leh~aku tak leh pentingkan diri.. Dan aku jawab, "alaa, tak matinye aku kalo ko takde,"
dan aku menyesal sampai hari ni sebab tak halang dia pergi, sebab dia lah kawan aku yg paling baik skali.. Dia tak tinggalkan no fon pun kat aku. Emel dia pun aku takde. Kami lost contact terus lepas dia pindah~ aku frust giler.. ye r, kwn baek ko kowt~
Lepas amik result spm, ade sorg mamat ni yang aku mmg cam dia adalah kawan Taufiq walaupun kepala dah botak sikit datang jumpa aku.. Dia cakap kat aku, "Taufiq kate, kalau ko cakap je tak nak dia pindah, dia boleh je duduk umah nenek dia dekat2 sini,"
dan apa yg aku jawab? aku jawab aku tak mati kalau dia tak de.. bodoh betul la aku ni!
Sambung mamat tu lagi, "Taufiq sayang gile kat ko. Ko pulak, asal jumpa dia cite pasal laki lain.. tak paham aku."
aku terkejut gile masa tu. aku tak sangka langsung. sebab kami dah janji.. kami ni kawan je..
"Taufiq bagi ni kat kau. Dia suh simpan leklok." mamat tu kata.
dia bagi kat aku keychain. keychain yang Taufiq paling sayang.. untuk aku..
aku salah menilai hati dia.. dan aku susah nak menerima hatinya... aku gagal lihat hati dia~ sedangkan dia lah yg selalu ada time aku susah~ dan aku tak perasan pun..
bile dah takde, baru nak rindu, ye tak? huhu..
time dia ada memekak kat tepi telinga aku, aku buat dek je.. hmm..
itu kesilapan aku~
keychain tu sampai hari ni kau masih simpan~ ade kat umah.. dah berkulat dah~ hehe
aku tak brani nak bawak pegi mana2.. nanti hilang~ huhu..
cantik tau, keychain tu..
kaler biru..
kaler favourite aku..